PM, TPM & Pemimpin BN Hadir Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2015 11:33 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melambai ke arah orang ramai ketika hadir di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Wisma MCA di Kuala Lumpur, Khamis. Turut kelihatan, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di sini Khamis.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut menghadiri majlis itu yang diadakan di Wisma MCA, Jalan Ampang.

Ketibaan Najib, Rosmah, Muhyiddin dan Noorainee, dengan berpakaian warna merah, di perkarangan Wisma MCA, disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA yang diketui Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, sambil diiringi persembahan tarian singa.

Najib, Rosmah, Muhyiddin dan Noorainee yang meluangkan masa kira-kira sejam turut bersama beberapa pemimpin tertinggi komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Liow dan Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel menggaul salad ikan mentah 'yee sang,' hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah membawa tuah dalam kalangan masyarakat Cina.


Najib, Rosmah, bersama Tiong Lai bergambar kenangan ketika hadir di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Wisma MCA.

Turut hadir memeriahkan majlis sambutan termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam serta Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz.

Tetamu pelbagai bangsa serta pelancong asing turut hadir memeriahkan rumah terbuka itu sambil menyaksikan persembahan kebudayaan, nyanyian dan seni mempertahankan diri.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika ditemu bual secara langsung oleh RTM di sini berkata sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang dihadiri rakyat berbilang kaum itu melambangkan perpaduan masyarakat Malaysia.

"Saya percaya kesepaduan yang kita ada pada hari ini menjadi asas dan menunjukkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersama-sama memperkukuhkan masa depan negara," katanya.

Najib turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat Cina.

Beliau berharap sambutan tahun ini iaitu Tahun Kambing akan membawa kemakmuran, kejayaan dan rezeki serta kebahagiaan dan kemakmuran kepada semua.



Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib berharap tahun 2015 akan memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara ini.

"2014 merupakan tahun yang mencabar bagi negara ini (ditambah) dengan kejatuhan harga minyak. Jadi, kita berharap, kita akan dapat menjadikan 2015 tahun yang baik," katanya.

Tahun Baharu Cina merupakan perayaan terpenting masyarakat Cina bagi menyambut ketibaan tahun baharu dalam kalendar Lunar.

Sementara itu, Najib dan Muhyiddin diiringi isteri masing-masing kemudiannya turut memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di Menara PGRM di Cheras, di sini.

Ketibaan Najib pada 11.15 pagi disambut Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong yang segak berbaju merah yang telah berada di majlis itu sejak pagi.

Sebaik tiba, Najib sempat meluangkan masa meninjau gerai-gerai yang menyediakan pelbagai juadah untuk para hadirin seperti sate dan laksa, sebelum menyertai tetamu kenamaan lain untuk menjamu selera. 

Turut hadir di majlis itu ialah Tengku Adnan, Hishammuddin, Palanivel, Dr Subramaniam, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar. 

Antara para pemimpin Gerakan yang kelihatan di majlis itu termasuk bekas presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Naib Presiden Datuk A. Kohilan Pillay.

Sambil menikmati juadah makanan yang disediakan, para tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian sebelum tetamu kenamaan menyaksikan persembahan tarian singa.

Sejurus kemudian, Najib dan Muhyiddin turut bersama-sama menggaul 'yee sang', makanan tradisi pada perayaan Tahun Baharu Cina.


Jadual Rumah Terbuka Tahun Baru Cina :

19 Feb (Khamis)

1. MCA - 8.30 pagi di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

2. Gerakan - 10 pagi -1 tengahari di Menara PGRM, Kuala Lumpur.

3. Exco Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Datuk Tee Siew Kiong - 11 pagi -1 tengahari di Dewan Jubli Intan, Pontian, Johor.

 4. Gerakan Kota Tinggi - 9 pagi -2 petang di ibu pejabat Gerakan, Kota Tinggi di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor.

20 Feb (Jumaat)

1. BN Kedah: 4 petang - 6 petang di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Menteri Besar - Seri Mentaloon, Anak Bukit, Alor Setar.

21 Feb (Sabtu)

1. Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong - 11 pagi di SJK (C) Yong Peng 1, Jalan Sekolah Cina, Yong Peng, Johor.

 2. Gerakan Melaka - 10 pagi - 1 tengahari di Dewan Serbaguna Taman Abadi di Malim Jaya.

26 Feb (Khamis)

1. Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai - dari pukul 2 petang di Dewan Perhimpunan Cina Bentong.

27 Feb (Jumaat)

1. Timbalan Menteri Kewangan dan Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong - dari pukul 11 ​​pagi di Dewan Serbaguna Bekok, Segamat.

 28 Feb (Sabtu)

 1. MCA Johor - 10:30 pagi di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru, Johor Baru.

5 Mac (Khamis)

1. MCA Johor - 8 malam di SJK (C) Hua Min, Batu Pahat.

8 Mac (Ahad)

 1. MCA Johor - 8 malam di SJK (C) Chung Hwa 2, Muar.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan