SKMM Elak Polisi Berbaur Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2015 12:11 PM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil keputusan untuk melaksanakan Polisi Tiada Hadiah yang mula berkuat kuasa 18 Februari. Tindakan MCMC untuk melaksanakan polisi ini merupakan satu inisiatif untuk menyemai sikap menjauhi sebarang amalan yang berbaur rasuah.

Tindakan MCMC ini merupakan salah satu tanggungjawab kami dalam menepati prinsip Ikrar Integriti Korporat (CIP) yang telah ditandatangani oleh MCMC pada 19 November 2012, kata Pengerusi MCMC, Dato Sri Dr Halim Shafie.

MCMC juga mahu membudayakan sikap integriti dalam kalangan kakitangannya selain mempromosikan nilai-nilai ketelusan, etika dan tadbir urus yang baik. Sebarang konflik kepentingan dalam mana-mana urusan atau potensi rasmi MCMC juga dapat dielakkan dengan pelaksanaan Polisi Tiada Hadiah.

MCMC berharap mana-mana pihak yang berurusan dengannya, menghormati pendiriannya dan tidak menghantar sebarang bentuk hadiah atau faedah seperti wang tunai atau baucar, hadiah am, hiburan atau perbelanjaan perjalanan dan lain-lain bentuk hadiah.


Tags / Kata Kunci: SKMM , MCMC

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan