Wan Azizah Bakal Tanding di Permatang Pauh - Sumber

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 1:58 PM

Dr Wan Azizah Wan Ismail.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah bersetuju agar Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diletakkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, menurut sumber. 

Wan Azizah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, akan bertanding di kerusi yang dikosongkan oleh suaminya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau gagal dalam rayuan terakhir kes liwatnya. 

Dalam mesyuarat yang diadakan lewat malam Selasa, sumber tersebut menyatakan parti itu akan menemui Anwar untuk mendapatkan kelulusan berhubung keputusan yang telah diputuskan itu. 

Ketika dihubungi, pemimpin PKR bagaimanapun enggan mengesahkan bahawa parti itu telah bersetuju Wan Azizah akan diletakkan sebagai calon. 

"Kami masih belum memutuskannya (siapa calon yang akan diturunkan di Permatang Pauh) . 

"R. Sivarasa akan bertemu dengan Datuk Seri Anwar dipenjara sama ada hari ini atau selepas sambutan Tahun Baru Cina. Beliau memaklumkan kepada Anwar mengenai calon bagi kerusi tersebut, " kata Naib Presiden PKR, Tian Chua. 

Anwar dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun pada 10 Februari lalu. Keputusan tersebut menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan satu pilihan raya kecil perlu diadakan bagi memenuhi kekosongan kerusi berkenaan. 

Pada 2013, Anwar menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Arif Shah Omar Shah dengan memperoleh majoriti 15,671 undi.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan