Altantuya: Sirul Sudah Punyai Peluang Dedah Semuanya - KPN

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 7:12 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempersoalkan mengapa baharu sekarang bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Sirul Azhar mahu "memberitahu semua" sedangkan dia mempunyai tiga peringkat berbeza dalam perbicaraannya untuk melakukan perkara itu.

Khalid menyuarakan kebimbangannya terhadap pihak yang berkepentingan yang mungkin mempengaruhi Sirul untuk berbohong.

"Saya fikir masyarakat boleh membuat pertimbangan mereka sendiri berhubung perkara ini. Dia senyap selama ini. Kenapa baru sekarang nak beritahu semua?

"Saya bimbang pihak tertentu yang berkepentingan dalam perkara ini cuba untuk mempengaruhinya supaya berbohong," katanya.

Menurut Khalid, golongan ini cuba mengambil kesempatan terhadap undang-undang ekstradisi Australia, yang tidak membenarkan negara ini membawa pulang mereka yang disabitkan hukuman mati sehingga jaminan diberikan bahawa hukuman mati tidak akan dikenakan.

"Kita tidak akan ditekankan oleh pihak ini untuk memulakan siasatan baru terhadap kes ini kerana ia tidak perlu," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Ops Selamat pada Rabu.

Sirul dan bekas Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa kerana membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 dan disabitkan atas kesalahan itu oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 013, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar berikutan rayuan itu.

Pada 13 Januari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mensabitkan hukuman mati.

Sirul tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu. 

Dia dipercayai telah pergi ke Australia dan memasuki negara itu menggunakan visa pelancong dan pasport yang sah pada tahun lalu.

Dia ditahan oleh pegawai imigresen Australia pada 20 Januari lalu selepas Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis merah.

Bekas koperal itu kini ditahan di Pusat Tahanan Villawood di Sydney.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan