Enam Sekolah Baharu Dipilih Sebagai Sekolah Angkat USIM

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 4:37 PM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melantik enam sekolah baharu sebagai sekolah angkat bagi meluaskan jalinan strategik dan kolaborasinya dengan sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan.

Enam sekolah itu ialah Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun, Terengganu; Sekolah Menengah Persekutuan Bentong, Pahang; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu, Sabah; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Muhamad, Kuala Pilah; dan SMK Taman Tunku Jaafar, Seremban di Negeri Sembilan serta Sekolah Kebangsaan KLIA, Sepang, Selangor.

Penyerahan watikah kepada sekolah terlibat disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM Prof Dr Zulkiple Abdul Ghani dalam  majlis di Dewan Senat USIM di sini.

Pemilihan sekolah angkat baharu itu merupakan sebahagian daripada program khas yang diwujudkan universiti itu iaitu Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM yang diurusetiakan oleh Pusat Tamhidi.

Sehingga kini, USIM mengiktiraf sembilan buah Sekolah Kluster dan 21 buah Sekolah Angkat menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30 buah sekolah setakat ini.

Zulkiple berkata, Sekolah Kluster adalah di bawah kategori Sekolah Kluster Kecemerlangan yang diamanahkan oleh Kementerian Pendidikan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam terpilih termasuk USIM untuk memainkan peranan sebagai mentor, manakala Sekolah Angkat pula dipilih berdasarkan kriteria tertentu yang ditetapkan pengurusan universiti.

"USIM dan Sekolah Kluster/Angkat berkongsi aspirasi yang sama iaitu untuk membawa pendidikan Islam ke arus perdana pendidikan. Pelajarnya merupakan mereka yang terpilih dan cemerlang dari segi akademik, kokurikukum dan kebitaraan yang tersendiri.

"Mereka secara tidak langsung merupakan calon pelajar berpotensi ke USIM sama ada ke Program Tamhidi (Pra-Universiti) atau Ijazah Sarjana Muda," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti tahunan berbentuk akademik dan kepimpinan diatur sepanjang tahun untuk pelajar sekolah yang terlibat.

"Bagi aktiviti terdekat yang bakal dilaksanakan, USIM akan mengadakan Kem Bersepadu Kadet Pertahanan Awam Malaysia bersama mereka pada hujung bulan ini di Port Dickson," katanya. 


Tags / Kata Kunci: USIM , sekolah angkat , Zulkiple Abdul Ghani

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan