Najib Terima Kunjungan Bekas Presiden Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 10:49 PM

Najib beramah mesra dengan Susilo Bambang Yudhoyono, ketika menerima kunjungan hormat bekas Presiden Indonesia itu di kediaman rasmi di Seri Perdana, Putrajaya, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan bekas presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di Seri Perdana, Putrajaya.

"Kami sempat berbual mengenai banyak perkara, dan beliau turut menyampaikan jemputan kepada saya untuk menghadiri sidang kemuncak Global Green Growth yang akan berlangsung Julai depan, Insya-Allah," kata Najib di laman Facebook beliau Rabu malam.

Menurut laman web institut itu, Susilo kini merupakan pengerusi Institut Global Green Growth, sebuah pertubuhan antarabangsa khusus untuk menyokong dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan lestari di negara-negara membangun dan ekonomi baru muncul.

Sidang kemuncak itu dijadual berlangsung Julai ini di Bali, Indonesia.

Dalam pertemuan itu, Najib disertai isteri Datin Seri Rosmah Mansor bagi menerima kunjungan Susilo dan isteri Ani Yudhoyono.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan