MIC Mesyuarat Minggu Depan Bincang Isu Pemilihan Semula

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 6:09 PM

Dr S.Subramaniam. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009 bagi menubuhkan jawatankuasa untuk mengendalikan pemilihan semula parti, seperti yang diputuskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).


Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, parti bersetuju dengan keputusan RoS untuk mengguna pakai senarai CWC 2009 sebagai CWC sementara (interim).

Menurutnya, keputusan itu diputuskan dalam perjumpaan antara Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama beliau dan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel pada pagi Rabu.

"Dalam perjumpaan itu terdapat beberapa persetujuan, pertama untuk menerima dan melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh RoS melalui surat-surat yang dihantar dari 5 Disember 2014 sehingga 6 Februari 2015.

"Dengan ini, ahli-ahli CWC 2009 akan menjalankan tugas sebagai interim CWC untuk menjalankan proses pemilihan parti.

"CWC akan melantik satu jawatankuasa untuk menjalankan pemilihan. Presiden, Datuk Seri G. Palanivel akan mengadakan mesyuarat CWC 2009 pada minggu depan," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC di sini, Rabu.

Dr Subramaniam berkata, selepas itu pemilihan akan diadakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh RoS iaitu peringkat cawangan pada April dan selesai pada Julai untuk peringkat kebangsaan.

"Semua perkara ini telah dipersetujui oleh Palanivel," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa mesyuarat pada petang Rabu sepatutnya bertujuan untuk melantik jawatankuasa pemilihan berkenaan tetapi kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat penangguhan.

"Sebagai menghormati perjumpaan hari ini dan persetujuan yang dicapai, saya akan menangguhkan mesyuarat ini sampai minggu depan bagi memberi peluang kepada Palanivel mengadakan mesyuarat bersama CWC dan akan membentuk jawatankuasa pemilihan untuk menjalankan proses pemilihan," katanya.

Dr Subramaniam yang juga menteri kesihatan sebelum ini dikatakan mahu mengadakan mesyuarat tergempar bersama CWC bagi membincangkan mengenai jawatankuasa pemilihan tanpa kehadiran presiden parti.

Palanivel sebelum ini berkata, beliau mahu membawa RoS ke mahkamah berhubung pembatalan pemilihan parti 2013.

Krisis dalaman MIC tercetus selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka, pada November, 2013.

Dalam surat bertarikh 5 Disember 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan tersebut dalam tempoh 90 hari.


Tags / Kata Kunci: MIC , CWC , RoS , Palanivel , Subramaniam

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan