MBNT Sambut Baik Penggunaan LPT 2 Percuma Selama 6 Bulan

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) menyambut baik pengumuman kerajaan yang membenarkan penggunaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) secara percuma, tanpa bayaran tol selama enam bulan, sebelum dikuatkuasa Ogos depan.

Pengerusinya, Zaidi Muda berkata ia akan dapat dimanfaatkan oleh warga Terengganu untuk pulang ke kampung halaman pada cuti Tahun Baharu Cina dan menjelang Aidilfitri nanti.

"Bagi merealisasikan hasrat kerajaan sebagai kepimpinan yang cakna rakyat, golongan belia Terengganu amat berharap agar bayaran tol yang dikenakan nanti berpatutan dan tidak membebankan pengguna kerana untuk sampai ke Kuala Lumpur ketika ini, pengguna perlu membayar lebih kurang RM29 untuk perjalanan satu hala," katanya.

LPT 2 sepanjang 184 kilometer dengan laluan empat lorong bermula dari Gemuroh ke Jabor itu mula dibuka kepada pengguna jalan raya 31 Jan lalu.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir Rosli Othman berkata lebuh raya itu kini dalam proses melantik pengurus atau penyelenggara lebuh raya dan dijangka mengambil masa enam bulan.

Dalam tempoh itu pengguna boleh melaluinya secara percuma.

Tags / Kata Kunci: LPT , MBNT

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan