Malaysia Kutuk IS Bunuh 21 Rakyat Mesir - Berita Semasa | mStar

Malaysia Kutuk IS Bunuh 21 Rakyat Mesir

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 11:05 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan 21 orang warganegara Mesir di Libya baru-baru ini oleh kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan ISIL. Pembunuhan orang awam tersebut merupakan suatu tindakan yang tidak dapat diterima.

Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan simpati serta takziah kepada Kerajaan Republik Arab Mesir serta keluarga mangsa. Semoga mereka memperoleh kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat-saat getir ini.

Kerajaan akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Republik Arab Mesir serta masyarakat antarabangsa dalam memerangi sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme.

Tags / Kata Kunci: IS , Malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan