Kambing Hutan Sumatera Diancam Kepupusan Serius

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 12:43 PM

Kambing Hutan Sumatera ditemui di hutan di Malaysia. Foto Ihsan Stephen Hogg.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Disebalik kegembiraan menyambut Tahun Baru Cina yang jatuh pada tahun Kambing, pakar alam sekitar bimbang dengan nasib spesies kambing tempatan yang dikenali sebagai 'Kambing Hutan Sumatera' (Sumatran Serow) yang seringkali menjadi mangsa pemburu haram. 

Ketinggiannya boleh mencapai sekitar 1 meter, dan kambing hutan ini hidup secara bersendirian, serta boleh ditemui di kawasan pergunungan, kata Pengarah Serantau Kumpulan Pemantauan Perdagangan Hidupan Liar Utama Dunia (Traffic) Dr Chris Shepherd.  

"Kambing  hutan ini mempunyai saiz yang sangat besar, ia mempunyai 'rambut' yang panjang seperti kuda dan tanduk pula sangat tajam, " katanya dalam satu temubual bersama dengan The Star Online

Dr Shepherd berkata tidak ramai yang mengetahui rupa bentuk Kambing Hutan Sumatera ini kerana jumlahnya semakin pupus di negara ini. 

Ramai juga tidak pernah melihat spesies ini, malah ada juga yang hanya mengetahui kewujudan spesies ini apabila mereka memakan dagingnya.

"Permintaan terhadap haiwan ini sangat tinggi. Mereka bukan sahaja memakan dagingnya malah, tanduknya turut digunakan dalam perubatan tradisional," katanya. 

Kambing Hutan Sumatera ini merupakan spesies terancam dan dilindungi di bawah undang-undang pemuliharaan hidupan liar, ia hanya boleh diburu dengan permit khas yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. 

Mereka yang didapati bersalah memburu kambing hutan ini secara haram boleh dikenakan denda antara RM100,000 hingga RM500,000 atau dipenjara hingga lima tahun. 

Bagaimanapun, Dr Shepherd berkata tindak banyak yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kambing hutan ini terus diburu. 

Daripada kajian yang dijalankan Traffic pada 2012 mendapati, sebanyak 18 daripada 165 restoran makanan eksotik yang terdapat di negara ini menjual hidangan kambing hutan ini dengan enam daripadanya terdapat di Johor. 

Memetik data yang diperolehi daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Dr Shepherd berkata hanya 10 kes rampasan kambing hutan direkodkan daripada Januari 2003 hingga 2012 dengan hanya lima daripadanya didapati bersalah. 

Beliau berkata habitat asal kambing hutan ini juga terancam dengan penerokaan hutan batu kapur yang sering dijadikan kuari untuk mendapatkan simen. 

Sebelum ini dilaporkan bahawa kambing hutan ini boleh ditemui di Gunung Kanthan, Perak yang merupakan lokasi perlombongan pilihan bagi syarikat simen.  

Dr Shepherd menjelaskan bahawa spesies kambing yang diternak di ladang ternakan di negara ini mungkin berasal dari Afrika dan bukannya Malaysia. 

Beliau menambah hanya kawasan Klang Gates di Selangor telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan kambing hutan. 

Bagaimanapun, beliau berkata hari ini mungkin tiada seekor pun kambing hutan yang terdapat di lokasi itu lagi. 

Spesies kambing hutan Sumatera juga tidak boleh ditemui di Sabah dan Sarawak. 

Kambing hutan Sumatera turut disenaraikan sebagai spesies haiwan terancam yang dilindungi oleh IUCN global. 

"Saya agak sangsi jumlah kambing hutan yang tinggal. Kita perlu menutup restoran yang menjual daging haiwan eksotik dan orang awam juga perlu berhenti memakan daging haiwan yang dilindungi ini," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan