Proton Ambil Berat Isu Exora Terbakar

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 9:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) memandang berat pengedaran gambar sebuah Proton Exora di media sosial yang terbakar di susur keluar Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) pada Selasa.

"Kenyataan di media sosial mendakwa bahawa kebakaran Exora tersebut adalah berpunca daripada peningkatan suhu akibat terlebih isi bahan api, manakala ada yang menghebahkan bahawa kemalangan tersebut disebabkan tangki minyak yang bocor," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Proton sedang melakukan siasatan terperinci dan telah menghubungi pemilik kenderaan itu untuk memastikan kesejahteraan beliau dan keluarganya serta bagi mendapatkan maklumat penuh mengenai kejadian tersebut.

"Kami sedang mengambil langkah-langkah yang perlu dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.

Pembuat kereta nasional itu memberitahu, ia tidak berkompromi dengan mana-mana isu kualiti yang akan menyebabkan enjin atau keretanya mengalami masalah.

Proton Exora merupakan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) pertama negara, dengan lebih daripada 140,000 unit terjual di seluruh dunia.


Tags / Kata Kunci: Proton , Exora , Cheneh

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan