Penyokong Palanivel Sepakat CWC 2009 Bersifat Interim

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 4:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin MIC yang menyokong Datuk Seri G. Palanivel bersetuju supaya Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009 dinamakan sebagai CWC bersifat interim.

Bagaimanapun, mereka menuntut kuasa Presiden untuk melantik sembilan ahli CWC, seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan parti itu, tidak terjejas.

Setiausaha Agung MIC, Datuk S.Sothinathan berkata CWC interim perlu mematuhi perlembagaan parti apabila pemilihan semula diadakan.

"Jika Pendaftar Pertubuhan (RoS) mahu CWC 2009 untuk mengambil alih, mereka mesti menerima semua itu, presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden, 23 ahli CWC yang dilantik dan wakil sayap parti.

"Presiden juga mempunyai kuasa untuk melantik sembilan ahli CWC tetapi RoS cuba menafikan beliau untuk berbuat demikian. Adakah itu adil?," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat parti itu pada Rabu.

Sidang media itu turut dihadiri Naib Presiden Datuk S. Balakrishnan, Bendahari Agung Datuk S. Murugesan, dan kira-kira 50 pemimpin bahagian.

Sothinathan berkata sekiranya cadangan mereka untuk menerima CWC 2009 secara keseluruhannya ditolak, mereka tiada pilihan lain tetapi membawa RoS ke mahkamah.

"Buat masa ini, kami masih bertahan kerana (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan bertemu Presiden berhubung perkara itu.

"Tetapi anda (RoS) mengheret kami ke dalam kemelut ini dan kami tiada tempat lain untuk tujui. Kami perlu berjuang untuk melindungi maruah parti," katanya.


Tags / Kata Kunci: G.Palanivel , MIC , S.Sothinathan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan