Umno Permatang Pauh Mahu BN Tanding PRK

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 4:14 PM

Mohd Zaidi Mohd Said.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kesemua 92 Umno cawangan di Permatang Pauh mahu Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen itu yang dijangka diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah dan dihukum penjara di atas kes liwatnya.

Ketua Umno bahagiannya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, kesemua cawangan sebulat suara dengan pendirian untuk parti bertanding pada kerusi parlimen itu dalam mesyuarat yang membincangkan perkara tersebut.

"Kita akan menyampaikan harapan kita (BN bertanding dalam PRK Permatang Pauh) kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kita akan memberikan ruang kepadanya untuk memilih calon.

"Kita berharap dengan PRK ini... sebagai satu kempen yang bersih kerana kita tidak mahu didakwa dan difitnah memancing undi pada pilihan raya kecil nanti," tambahnya.

"Kita akan menggunakan pendekatan berbeza - pendekatan lembut dan meminta pengundi untuk mereka mengundi BN berbanding mengadakan serangan terhadap calon pembangkang," katanya.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

Sehingga kini, belum ada tanda-tanda beliau memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Tags / Kata Kunci: Permatang Pauh , Mohd Zaidi Mohd Said

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan