Orang Ramai Tidak Perlu Takut Kepada 'Along' - PKP

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 12:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sikap orang ramai yang takut membuat laporan mangsa penipuan peminjam wang Along menjadikan mereka (Along) nampak kebal daripada tindakan undang-undang, kata Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) Samsudin Mohamad Fauzi.

Biasanya keadaan ini berlaku, kerana peminjam kurang pendedahan kepada peraturan dan undang-undang pinjaman, menyebabkan mereka lebih rela terjerat dengan beban hutang yang tiada penghujung.

"Dengan terus membayar hutang bukanlah penyelesaian kerana ia memberi galakan kepada 'lintah darat' itu bermaharajalela meraih keuntungan daripada seksa hidup orang lain," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sebelum membuat laporan polis, mangsa perlu mengumpul maklumat Along berkenaan termasuk jenis ugutan mereka, gambar, dokumen berkaitan dan sebagainya.

"Along juga manusia dan mereka mempunyai perasaan takut...mereka hanya bertemu mangsa sekali dua sahaja dan takut untuk bertemu lagi kerana bimbang akan terperangkap.

"Oleh itu saya nasihatkan mangsa agar segera membuat laporan polis kerana pembayaran bukan jalan penyelesaian bagi mereka yang dibelenggu hutang Along,"katanya.

Samsudin berkata orang ramai perlu sedar bahawa Along boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang yang membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 atau penjara, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata bagi mengatasi kegiatan Along, perlu ada penyusunan semula undang-undang agar mereka ini tidak mudah terlepas dengan tindakan.

"Sebagai contoh Along yang ditangkap oleh pihak polis pernah terlepas daripada tindakan apabila terdapat individu yang datang ke balai yang mendakwa bahawa Along itu pekerjanya.

"Akhirnya ada Along yang hanya boleh dikenakan hukuman denda kerana langgar syarat lesen syarikat pinjaman wang," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan