Kerajaan Tingkatkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Kepada Semua Kaum

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 3:28 PM

Sampul angpau 'Ah Jib Gor' yang diedarkan secara percuma sempena Tahun Baharu Cina.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus meningkatkan kecekapan dan integriti perkhidmatannya bagi membantu semua masyarakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa.

Beliau berkata, kerajaan juga akan terus menunaikan komitmennya terhadap gagasan 1Malaysia bagi mewujudkan sebuah negara Malasyia yang bersatu padu bagi mencapai Wawasan 2020 yang semakin menghampiri sasarannya.

Dalam perutusan Tahun Baharu Cina 2015 yang dimuatkan dalam blognya NajibRazak.com, Perdana Menteri berkata, Tahun Baharu Lunar itu adalah antara perayaan yang disambut secara besar-besaran di negara ini kerana ia mencerminkan permulaan kalendar baharu Cina dan sekali gus bermulanya lembaran baharu kehidupan.

Katanya ia juga merupakan masa bagi keluarga dan sahabat handai untuk berkumpul dan bersuka ria sambil menghargai yang lama dan meraikan yang baharu.

"Hari ini, kita semua adalah tetamu...yang diundang ke rumah jiran daripada kaum Cina dalam semangat tulen 1Malaysia, untuk meraikan kekayaan tradisi budaya masyarakat Cina."Saya sekeluarga sentiasa menghargai layanan rakyat Malysia daripada kaum Cina, khususnya bersempena sambutan ini," katanya.

Najib berkata, Tahun Baharu Cina mengingatkan rakyat tentang kepelbagaian yang menjadikan Malaysia sebuah negara luar biasa, manakala kesepaduan negara ini terjalin melalui kepelbagaian etnik, bahasa dan kepercayaan.

"Kepelbagaian inilah yang kita raikan, hargai dan pertahankan," kata beliau.

Najib juga mengalu-alukan kunjungan para pelawat ke negara ini pada musim perayaan Tahun Baharu Cina dengan berkata: Walau di mana jua anda berada di negara kami yang indah ini, saya harap keunikan pemandangan, gema suara, suasana dan bau-bauan yang lahir daripada temasya ini akan memberi inspirasi kepada anda."

Katanya, di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi pada tahun lepas, Tahun Baharu Cina membuka lembaran baharu bagi Malaysia dan beliau berharap Tahun Kambing akan terus membawa keharmonian dan perpaduan kukuh kepada Malaysia.

"Dan semoga Tahun Kambing juga membawa kebahagiaan, kemakmuran dan kesihatan kepada kita semua. Selamat Tahun Baharu. Gong Xi Fa Cai," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan