Ops Gempur Tapak Binaan Untuk Bendung Denggi - KP Kesihatan

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 11:32 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Operasi penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dengan tema "Ops Gempur Tapak Binaan" akan terus dilaksanakan untuk membendung peningkatan kes denggi dan mengurangkan risiko jangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata operasi yang bermula pada 10 Februari lalu itu menyasarkan tapak binaan yang terletak di kawasan jangkitan denggi serta berhampiran dengan kejadian kes denggi.

Katanya, operasi itu dijalankan oleh satu skuad khas yang dibentuk di peringkat kementerian dengan kerjasama jabatan kesihatan negeri dan pejabat kesihatan daerah.

"Operasi ini dijalankan secara mengejut agar keadaan sebenar di tapak binaan dapat dinilai dan tindakan yang lebih tegas dikenakan bagi tapak binaan yang didapati membiarkan pembiakan nyamuk berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Katanya sejak dilancar pada 10 Februari lalu hingga 14 Februari sebanyak 46 tapak binaan di seluruh negara telah diperiksa dan daripada jumlah itu 45 atau 97.8 peratus didapati positif dengan pembiakan nyamuk Aedes.

Selain itu 39 arahan penutupan premis tapak binaan telah dikeluarkan kepada pemaju yang melakukan kesalahan agar mengambil tindakan pencegahan dan pembersihan dengan kadar segera dalam masa tidak lebih daripada tujuh hari.

"Bagi tempoh sama, 45 kertas siasatan telah dibuka untuk tujuan pendakwaan di mahkamah bagi kesalahan membenarkan pembiakan serangga pembawa penyakit," katanya. 

Dr Noor Hisham berkata tindakan mahkamah bertujuan meningkatkan kesedaran pemaju di tapak binaan agar lebih prihatin mengenai kesejahteraan masyarakat di persekitaraan.

Katanya pemaju yang disabitkan kesalahan akan dikenakan denda maksimum RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama.

"Bagi kesalahan berulang, denda maksimum adalah RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan