OIC Umum Langkah Segera Perangi Keganasan, Pertahan Dunia Islam

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 8:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memperkenalkan langkah segera bagi memerangi penularan keganasan yang memberi kesan kepada negara anggota OIC, dan mempertahankan dunia Islam daripada bahaya keganasan ekstremisme, susulan mesyuarat peringkat menteri Jawatankuasa Eksekutif OIC pada Ahad.

Dalam kenyataan kepada Bernama, pertubuhan itu menggesa diadakan mesyuarat pakar undang-undang dan keganasan bagi menilai semula Konvensyen OIC 1999 bagi mewujudkan mekanisme yang sesuai untuk menentang trend baharu keganasan di kalangan negara anggota OIC.

Mesyuarat berkenaan juga meminta diadakan perbincangan menyeluruh tentang keganasan antarabangsa, jenayah rentas sempadan dan perkembangan keselamatan melalui persidangan, simposium dan bengkel membabitkan ahli akademik; ahli politik, agamawan serta para pemimpin tradisional selain mencari jalan mendepani keselamatan siber dan memperjelas paradigma untuk berdepan dengan punca keganasan fahaman.

Ia juga meminta OIC membina kerjasama dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa menentang keganasan, dan pengaktifan 'Pusat Keganasan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu' bagi menyelaras usaha menentang keganasan.

Mesyuarat tersebut juga meminta OIC menjalin kerjasama dengan negara anggota bagi mengukuhkan kalangan belia dan komuniti lain yang berisiko dieksploitasi kumpulan pengganas, bagi memastikan mereka tidak mudah terpengaruh dengan perekrutan dan fahaman radikalisme.

Sementara itu, Setiausaha Agung OIC Iyad Ameen Madani menegaskan bahawa keganasan tidak boleh diatasi dengan berkesan melalui kaedah ketenteraan dan keselamatan sahaja, dan pelan konkrit perlu diwujudkan untuk menangani aspek, dimensi dan konteks keganasan.

Tags / Kata Kunci: OIC , Iyad Ameen Madani

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan