Kuat Kuasa Dasar Terhadap Kegiatan Dakwah Pelajar - MCA

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 6:00 PM

Datuk Koo Chin Nam

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: MCA menggesa supaya Jabatan Pendidikan Sabah menguatkuasakan dasar di sekolah-sekolah dan asrama terhadap pendidik dan pihak berkuasa yang berdakwah kepada pelajar.

Ini berikutan satu insiden baru-baru ini di mana seorang pelajar berusia 16 tahun dari SMK Kinarut dikatakan telah memeluk agama Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah di sekolah tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Timbalan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan Dasar Undang-Undang Syariah MCA, Datuk Koo Chin Nam berkata, kontroversi ini boleh dielakkan jika dasar seperti itu dilaksanakan dengan lebih awal.

"Selain mengelakkan kontroversi keseluruhan, langkah ini boleh menambah profesionalisme terhadap kerjaya mereka tanpa membawa masuk kepercayaannya peribadi dalam mendidik kanak-kanak," katanya.

Menurut Koo, sekolah seharusnya memaklumkan ibu bapa gadis itu tentang minatnya untuk meninggalkan agamanya dan bukannya membenarkannya mengucap.

Beliau menambah MCA mendukung Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan di mana kepercayaan seorang anak yang belum dewasa hendaklah ditentukan oleh ibu bapanya.

Koo berkata walaupun Jabatan Pendidikan Sabah mendakwa gadis itu berminat untuk menukar agama, niatnya itu sepatutnya segera dimaklumkan ibu bapanya dan menangguhkan hasratnya itu.

Koo berkata adalah penting untuk menentukan sama ada remaja itu berada di bawah tekanan rakan sebaya atau sama ada dia takut mengecewakan warden asrama.

Gadis itu dipercayai telah ditukar agamanya oleh warden asrama pada awal Februari.

Bapanya, Jilius Yapoo, 47, dilaporkan mendapati anak perempuannya itu telah menukar agama apabila dia membawanya pulang ke rumah pada hujung minggu.

Jabatan Pendidikan Negeri telah merujuk isu itu kepada Jabatan Agama Islam Sabah.
Tags / Kata Kunci: SMK Kinarut , Datuk Koo Chin Nam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan