Abdul Rahman Jelaskan Kewajaran Umno Di Sabah

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 9:02 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan menjelaskan kewajaran keberadaan Umno di Sabah sebagai membidas Presiden Parti Reformasi Negeri (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang mengkritik hebat kehadiran Umno di negeri ini.

Abdul Rahman, yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah berkata mana-mana parti politik termasuk Umno berhak untuk datang menawarkan diri dan berkhidmat di negeri ini asalkan kehadiran parti itu mengikut undang-undang.

Anggota Parlimen Kota Belud itu berkata sejak kehadiran Umno di negeri ini, bumiputera Islam dilihat lebih bersatu, dan kesatuan itu sekali gus menjadi pendorong kepada kestabilan politik di Sabah.

"Menerusi kestabilan politik ini, semua pihak memberi fokus kepada masa dan tenaga untuk pembangunan Sabah dan tidak perlu berpolitik 24 jam," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu juga berkata ekonomi Sabah dilihat begitu rancak membangun sejak keberadaan Umno dan beliau menyifatkannya sebagai "fakta yang tidak boleh disangkal".

"Keserasian kerajaan negeri dan kerajaan pusat telah menjadi pemangkin kepada pembangunan ini," tambahnya.

Abdul Rahman menarik perhatian bahawa buat pertama kalinya sejarah politik Sabah, rakyat di negeri ini mempunyai peranan dan pengaruh dalam menentukan presiden Umno yang juga bakal menjadi perdana menteri.

Katanya, Jeffrey seharusnya ingat kedatangan Umno ke Sabah sebelum ini adalah sebahagian disebabkan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang membuat keputusan drastik untuk keluar daripada BN setelah hari penamaan calon berlangsung.

"Malah ramai mengatakan Jeffrey sendiri terlibat dalam keputusan PBS untuk keluar daripada BN. Kenapa Jeffrey tidak salahkan diri sendiri?," soalnya.

Beliau berkata Jeffrey, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor itu gemar memberi alasan bahawa parti Umno perlu ditolak rakyat Sabah kerana kononnya ia adalah parti luar dan seharusnya tidak perlu berada di Sabah.

"Persoalannya, kenapa Jeffrey memilih parti Star dari Sarawak menjadi parti tempat bernaung? Bukankah parti Star juga adalah parti luar?," tambahnya.

Abdul Rahman berkata rakyat Sabah terutama bumiputera Islam tidak pernah dipaksa menyokong Umno dan mereka menganggotai Umno atas kerelaan sendiri kerana merasakan ia adalah parti yang boleh dijadikan landasan perjuangan.

"Sekarang jumlah anggota Umno Sabah hampir mencecah setengah juta. Dan,  untuk makluman Jeffrey, terdapat hampir 20 peratus rakyat Sabah daripada kalangan bumiputera bukan Islam menjadi anggota Umno.

"Semua pemimpin Umno negeri Sabah adalah anak tempatan dan tiada ketua Umno Bahagian, Adun atau anggota Parlimen Umno Sabah datang dari Semenanjung. Mereka ini sentiasa prihatin terhadap kepentingan negeri dan rakyat Sabah," katanya.

Beliau berkata Jeffrey tidak perlu risau kerana jika UMNO tidak lagi relevan atau dirasai oleh rakyat Sabah, maka parti itu bakal ditolak, dan tidak seharusnya beliau menjadi batu api.

"Bagaimanapun, persoalannya ialah kenapa parti UMNO di Sabah semakin kuat dan mendapat tempat di hati rakyat? Jawapannya mudah, kerana rakyat dapat melihat keikhlasan parti ini. Rakyat merasai perjuangan Umno," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan