Keputusan SPM 2014 Diumum 3 Mac Ini

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 1:42 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 akan diumumkan pada 3 Mac ini, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

KPM dalam kenyataan pada Selasa berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas 10  pagi hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu, katanya dalam kenyataan itu.

KPM juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM jarak taip nombor kad pengenalan jarak taip angka giliran dan hantar ke 15888. 

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi, 3 Mac dan ditamatkan pada 11.59 malam, 9 Mac.

Kenyataan itu juga menyebut majlis pengumuman analisis keputusan SPM 2014 akan diadakan pada hari sama, pada 9 pagi di Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E di sini.

Seramai 455,839 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2014 di 3,655 pusat peperiksaan di seluruh negara. 

Daripada jumlah itu 400,351 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; 8,241 calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (contoh: Maktab Rendah Sains MARA); 7,957 calon sekolah menengah agama negeri; 12,066 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM;25,701 merupakan calon persendirian manakala baki 1,523 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat.

Tags / Kata Kunci: Keputusan SPM 2014 , KPM

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan