JPJ Tempatkan 1,800 Anggota & Pegawai Di Seluruh Negara

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 10:51 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi (tengah) mengedarkan risalah keselamatan jalan raya dan kit keselamatan kepada pengguna lebuhraya dalam Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2015 di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat R&R Tapah arah utara, Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menempatkan 1,800 anggota dan pegawainya di 128 lokasi di seluruh negara yang dikenal pasti sebagai laluan berbahaya, jalan utama, jalan persekutuan dan jalan negeri sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina. 

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, langkah itu diambil bagi meningkatkan 'perception of being caught' (POBC) (persepsi ditangkap melakukan kesalahan) di kalangan pengguna jalan raya. 

"Dengan konsep POBC ini, pengguna jalan raya tengok ada pegawai yang beruniform bertugas di situ maka perasaan mereka dipantau dan diperhatikan oleh anggota penguatkuasa akan jadi lebih tinggi.

"Kita akan ambil tindakan kepada pengguna jalan raya yang langgar peraturan," katanya selepas hadir pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina di sini Selasa.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Karpawi. 

Ismail berkata bagi tujuan itu juga, pihaknya telah menggerakkan seramai 500 anggota Skuad Muda Satu JPJ (SM1J) bagi membantu anggota dan pegawai JPJ secara bergilir-gilir di 14 kawasan R and R seluruh negara.

"JPJ juga telah menempatkan kakitangannya di 29 buah terminal bas di seluruh negara bagi memantau keadaan bas dan pemandu bas. Kita juga telah membuat pemeriksaan awal di 82 depoh seluruh negara khususnya kepada kenderaan bas-bas ekspres," katanya.

Katanya, kempen ini telah dilaksanakan sejak 12 Februari lepas hingga 27 Februari.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Plus Malaysia Berhad (Plus) Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata pihaknya menjangkakan sebanyak 1.5 juta pengguna jalan raya akan menggunakan laluan Plus terutamanya pada waktu kemuncak.
Tags / Kata Kunci: JPJ , Datuk Seri Ismail Ahmad , POBC

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan