Hotel Bajet Haram Akan Disita - Ku Nan

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 2:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan tegas, termasuk menyita serta menutup hotel bajet yang beroperasi tanpa lesen sah.

Tengku Adnan berkata, tempoh enam bulan diberikan kepada pengusaha hotel bajet sekitar ibu negara agar mematuhi aspek keselamatan, kebersihan dan keselesaan pengguna yang menjadi syarat utama untuk mengeluarkan lesen.

"Kita telah berikan 78 lesen bersyarat kepada pengusaha hotel bajet di sekitar Kuala Lumpur, mereka mesti patuhi syarat yang ditetapkan dalam tempoh enam bulan.

"Jika tidak...kita bukan sahaja akan tarik lesen, tetapi kita akan sita terus perniagaan mereka seperti mana yang kita lakukan terhadap rumah-rumah urut di Jalan Bukit Bintang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan lesen kepada pengusaha hotel bajet di Kuala Lumpur di Menara DBKL pada Selasa.  



Tengku Adnan menyampaikan lesen premis kepada Pengusaha Indigo Hotel, David Yong yang terletak di Kepong semasa Majlis Penyerahan Lesen Premis kepada Pengusaha Hotel Bajet Kuala Lumpur di Dewan Menara DBKL pada Selasa. -foto BERNAMA

Beliau berkata, ketika ini DBKL telah mengeluarkan lesen penuh kepada 270 pengusaha hotel bajet di ibu kota dan pemantauan berkala turut dilakukan oleh pasukan penguatkuasa DBKL dari semasa ke semasa.

"Ini merupakan projek perintis, program ini akan turut dilaksanakan kepada premis perniagaan seperti restoran dan perkhidmatan lain di Putrajaya dan Labuan pada masa akan datang.

"Apa yang ingin kita maklumkan kepada semua pengusaha, DBKL tidak pernah menggunakan khidmat orang tengah yang sering menipu serta merosakkan imej pegawai penguatkuasa DBKL.

"Kita minta mereka gunakan khidmat syarikat yang kita lantik, iaitu Oracle dan tiada caj perkhidmatan dikenakan," katanya.

Bukan itu sahaja, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, diskaun untuk memperbaharui lesen perniagaan juga akan diberikan kepada pengusaha yang layak.

"Sekiranya pengusaha mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan, pihak DBKL setuju untuk memberikan diskaun. Namun ia masih dalam peringkat penilaian mengikut kadar diskaun yang akan ditetapkan.

Justeru, beliau berkata, DBKL akan mengadakan siri jelajah untuk memberi penerangan kepada pengusaha yang ingin mendapatkan lesen perniagaan daripada DBKL pada Mac ini dan lokasinya akan ditentukan kemudian.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan