Ambil Langkah Berjaga-Jaga Segera Daripada Denggi - Najib

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 1:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan mendapatkan bantuan segera jika mengalami gejala denggi.

Perdana menteri berkata langkah itu perlu segera dilakukan memandangkan kes denggi semakin meningkat setiap hari.

Beliau berkata demikian dalam laman Twitternya dan tweet itu turut disertakan dengan infografik mengenai langkah yang perlu diambil sekiranya mengalami gejala denggi.

Antara langkah itu ialah mendapatkan nasihat doktor, minum banyak air masak dan berehat, elakkan pengambilan ubat aspirin bagi kanak-kanak bawah umur 12 tahun, mandi jerlum untuk kurangkan suhu badan serta mengambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam dan kesakitan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat lepas dilaporkan berkata sebanyak 15,039 kes denggi direkodkan sejak awal tahun hingga 7 Februari lepas, meningkat 59 peratus atau 5,586 kes berbanding 9,453 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Ia melibatkan 44 kematian bagi tempoh berkenaan berbanding 17 bagi tempoh sama dalam 2014.

Tags / Kata Kunci: Demam denggi , Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan