Balak: Tindakan Tegas Terhadap Pihak Tipu Royalti, Ses Di Hulu Perak

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 7:50 PM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang terlibat dengan kegiatan penipuan royalti dan ses balak di kawasan sekitar daerah Hulu Perak.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Perhutanan negeri untuk menjalankan siasatan terperinci seterusnya mengambil tindakan lebih tegas terhadap pihak yang terbabit.

"Siasatan juga mendapati ses balak dilakukan secara berlebihan berdasarkan kepada bilangan lori keluar dan jenis kayu balak yang telah diambil," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Bicara Eksekutif bersama penjawat awam daerah Manjung di Dewan Merdeka di sini, Isnin.

Beliau ditanya mengenai laporan sebuah akhbar semalam berhubung kegiatan penipuan bayaran royalti dan ses kayu balak bermutu tinggi yang dikeluarkan dari kawasan hutan di daerah berkenaan.

Kegiatan itu dikesan menerusi Ops Bersepadu oleh sepasukan pegawai dan anggota SPRM dengan kerjasama Jabatan Perhutanan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di kawasan sekitar Gerik, berhampiran kawasan hutan yang aktif dengan pengeluaran hasil itu, Khamis lepas.

Zambry berkata, siasatan menyeluruh juga dijalankan termasuk mengenal pasti sekiranya terdapat pegawai atau kakitangan Jabatan Perhutanan yang terlibat dengan kegiatan itu.

Nilai kerugian keseluruhan kegiatan itu akan diumumkan tidak lama lagi oleh pihak Jabatan Perhutanan, katanya.

"Perkara yang paling penting bukan dari segi jumlah kerugian sahaja tetapi kejayaan membongkar kegiatan itu yang tidak mengikut peraturan ditetapkan," katanya.


Tags / Kata Kunci: SPRM , balak , Zambry Abdul Kadir

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan