Ribut Petir Dengan Angin Kencang Di KL Bukan Fenomena Luar Biasa

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 10:19 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejadian ribut petir dengan tiupan angin kencang yang berlaku di ibu kota petang ini bukanlah suatu fenomena yang luar biasa, menurut Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pegawai Meteorologi Kanan, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata kehadiran angin yang lebih kuat daripada biasa berkemungkinan disebabkan oleh pelepasan tenaga yang tersimpan dalam atmosfera selepas kawasan Lembah Klang didapati tidak mengalami hujan lebat dan ribut petir dalam tempoh yang panjang. 

Katanya keadaan sebegini juga boleh menyebabkan fenomena hujan batu terbentuk akibat daripada penghasilan ribut petir berintensiti tinggi bagi melepaskan tenaga atmosfera secara semula jadi.

"Melihat kepada radar cuaca pada ketika ini, ribut petir dan hujan lebat didapati sedang berlaku di kawasan sebelah utara Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun kelajuan angin tidak dapat dicerap oleh radar ekoran saiz ribut petir yang secara relatifnya adalah kecil," katanya kepada Bernama.

Mohd Hisham turut menjelaskan fenomena sebegini berkemungkinan boleh mendatangkan banjir kilat di beberapa tempat ekoran berlakunya hujan lebat dalam tempoh yang singkat.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan