Program Turun Harga Besar-Besaran 1 Mac - Hasan Malek

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 4:40 PM

Hasan (dua kiri) serta kakitangan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) selepas menandatangani ikrar pada Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat di MKM, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program penurunan harga barangan secara besar-besaran di seluruh negara akan dilancarkan 1 Mac ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, program itu adalah hasil perjumpaan kementerian dengan pelbagai pihak antaranya syarikat-syarikat, restoran, pasar besar, pemborong, peniaga, peruncit, pengeluar makanan dan minuman, pada minggu lepas.

"Hasil perjumpaan ini, mereka telah bersetuju untuk turunkan harga barangan yang kita jangkakan kira-kira 10 hingga 20 peratus.

"Saya ucapkan terima kasih kepada peniaga yang respons kepada saranan kerajaan. Ini pada saya hasil daripada permuafakatan kita," katanya selepas merasmikan "Majlis Ikrar Integriti Korporat" dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Maktab Koperasi Malaysia, di Petaling Jaya dekat sini, Isnin.

Hasan berkata, antara pemain industri harga barangan yang akan turut serta dalam program itu ialah Mydin, Nestle, NSK, Aeon, Tesco dan beberapa lagi yang akan turut sama terlibat tidak lama lagi.

Menurutnya, usaha dan kerjasama ini diharap dapat membantu masyarakat memilih barangan yang murah dan berkualiti di samping tidak membeli barangan yang mahal.

Sementara itu, Hasan berkata sebanyak sembilan peniaga telah dikompaun RM1,000 dan barangan perniagaan dirampas kerana didapati ingkar peraturan yang ditetapkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Tahun Baharu Cina.

"Kesalahan yang mereka telah buat ini ialah gagal guna atau pamerkan tanda harga pink, merah jambu itu. Ini kesalahan yang cukup jelas dan ini membolehkan kita saman terus," katanya.

Jelasnya, lima daripada kesalahan dikesan di Pahang dan empat lagi di ibu negara.

Hasan berkata, sebanyak 4,836 premis perniagaan seluruh negara telah diperiksa sejak Skim Kawalan Harga dilancarkan tiga hari lepas.


Tags / Kata Kunci: Hasan Malek , program penurunan harga

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan