7,200 Pegawai JPAM Digerakkan Dalam Ops Bantu 10 Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 11:37 PM

Dari kiri, Pengarah JPAM Datuk Zaitun Ab Samad dan Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim semasa pelancaran Ops Bantu 10 di ibu pejabat Jabatan Pertahanan Awam di Jalan Tembak, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan bekerjasama dengan polis untuk memastikan pengguna jalan raya selamat tiba ke destinasi pada masanya, untuk meraikan Tahun Baru Cina bersama orang tersayang.

Pengarah JPAM Datuk Zaitun Ab Samad berkata seramai 7,200 pegawai akan ditempatkan di 86 lokasi utama di seluruh negara antara Isnin dan 24 Februari di bawah operasi yang diberi nama Ops Bantu 10.

"Kami menggunakan lebih dari 200 kenderaan JPAM untuk membuat rondaan jalan raya dan memastikan mereka yang keluar pada Tahun Baru Cina sampai ke destinasi mereka dengan selamat.

"Pegawai-pegawai juga akan membantu pengguna jalan raya sekiranya mereka menghadapi masalah atau situasi kecemasan dalam perjalanan mereka.

"Mereka akan bertindak Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) di lokasi," jelas beliau.

Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata JPAM telah mengambil peranan yang mencabar untuk melindungi orang awam dan harta benda.

"Mereka memainkan peranan penting sebagai agensi penyelamat semasa banjir baru-baru ini.

"JPAM melaksanakan tugasnya dengan cemerlang dalam menguruskan penghantaran bantuan dan bekalan ke negeri-negeri yang dilanda banjir," kata Alwi semasa pelancaran Ops Bantu 10 di ibu pejabat Jabatan Pertahanan Awam di Jalan Tembak.
Tags / Kata Kunci: Ops Bantu 10 , Tahun Baru Cina

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan