Loji Rawatan Air Sungai Semenyih Beroperasi Semula Awal Pagi Isnin

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 12:13 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Loji Rawatan Air Sungai Semenyih mula beroperasi awal pagi Isnin selepas ditutup pada Ahad berikutan masalah pencemaran.

Pengurus Besar Lembaga Pengurusan Air Selangor (Luas), Khairi Selamat berkata, ia beroperasi semula pada pukul 3 pagi.

Bagaimanapun, katanya, pengguna di beberapa kawasan akan berhadapan masalah bekalan air.

Operasi loji itu terganggu berikutan tahap amonia dan mangan di Sungai Semenyih didapati melebihi tahap dibenarkan pada Ahad.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata, pihaknya akan segera mengeluarkan kenyataan berhubung situasi itu.

Sehubungan itu, Syabas menasihatkan pengguna supaya meneliti perkembangan terkini gangguan bekalan air menerusi Twitter dan akaun Facebook Syabas atau menerusi MySyabasapp melalui Apple atau peranti Android.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan