Agong Kurnia Surat Cara Perlantikan Kepada Empat Hakim

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 12:41 PM

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan wakitah perlantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zaharah Ibrahim pada majlis Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi di Singgahsana Kecil Istana Negara pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Isnin berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan bagi jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dandua Hakim Mahkamah Tinggi, di Istana Negara di sini.

Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Zamani A. Rahim masing-masing menerima surat cara pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan.

Dua Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik pula ialah Vazeer Alam Mydin Meeradan Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun.

Turut hadir menyaksikan istiadat pelantikan itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Acara angkat sumpah dan taat setia pelantikan hakim itu dijadual berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya, petang ini. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Surat cara , perlantikan hakim

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan