Tiada Masalah Indonesia Henti Hantar Amah - Mama

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 8:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majikan di negara ini tidak akan berdepan masalah sekiranya Indonesia mengambil keputusan menghentikan penghantaran pembantu rumah rakyatnya ke luar negara.

Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama) Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata kerajaan boleh mengambil beberapa langkah untuk jangka masa panjang dan pendek bagi memenuhi permintaan majikan itu.

Katanya untuk tindakan jangka panjang, pihak kerajaan dan swasta boleh mewujudkan pusat jagaan anak-anak di tempat kerja yang diawasi oleh pengasuh atau penjaga kanak-kanak terlatih.

"Idea ini dilihat bersesuaian pada masa kini, di mana ketika bekerja, ibu bapa masih boleh memantau keadaan anak-anak, kata beliau.

Ini berbanding anak-anak dihantar kepada pengasuh di mana agak kerap berlaku insiden kecederaan dan kematian anak ketika di bawah jagaan pengasuh, katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.

Engku Ahmad Fauzi diminta mengulas mengenai permintaan Presiden Indonesia, Joko Widodo yang mahu wanita di republik itu berhenti bekerja sebagai pembantu rumah di negara luar.

"Amalan menghantar wanita Indonesia untuk bekerja sebagai pembantu rumah perlu dihentikan. Kita mesti mempunyai maruah dan harga diri," Joko dipetik berkata oleh agensi berita Antara.

Sehubungan itu, Joko telah meminta Menteri Tenaga untuk merangka formula dan pelan tindakan bagi memastikan Indonesia berhenti menghantar amah ke luar negara.

Engku Ahmad Fauzi berkata, kerajaan juga boleh menubuhkan sebuah institut bagi melatih bakal pembantu rumah di kalangan warga tempatan yang berkemahiran serta berkualiti.

"Institut ini akan berfungsi sebagai pusat pembelajaran mereka yang akan menjadikan pembantu rumah sebagai sebuah kerjaya atau profesyen yang dihormati kerana kepakaran dan kemahiran yang dimiliki mereka sebagai seorang amah," katanya.

Beliau berkata, untuk jangka masa pendek, kerajaan boleh membawa masuk amah dari negara seperti Bangladesh, Nepal, Myanmar, Kemboja, Sri Lanka dan Filipina.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) Jeffrey Foo menyokong langkah tersebut.

"Negara-negara seperti Kemboja, Bangladesh dan Nepal dipercayai tidak ada masalah untuk menyalurkan pembantu rumah rakyat mereka kepada majikan Malaysia," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan