Terlalu Awal BN Umum Pendirian PRK

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 9:06 PM

Muhyiddin bersama Mukhriz (tiga,kiri) beramah mesra bersama sebahagian wanita Umno pada Majlis Perjumpaan bersama Ketua-Ketua Jabatan Daerah Langkawi dan Kepimpinan 4 Peringkat Umno Bahagian Langkawi pada Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata masih terlalu awal untuk memutuskan sama ada Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun perkara itu ada dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN, Jumaat lepas, namum ia adalah lebih bersifat umum.

"(Semasa mesyuarat itu) kita ada (mendengar) beberapa pandangan tetapi saya fikir awal sangat untuk kita jelaskan pendirian kita," katanya kepada media selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama-sama ketua jabatan dan kepimpinan Umno Langkawi di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan peribadi Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed, semalam supaya BN tidak bertanding kerusi DUN Chempaka dan sebaliknya memberi fokus kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir di Kelantan.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata pada masa ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum membuat sebarang pengumuman berhubung status kedua-dua kerusi tersebut.

Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan kematian Mursyidul Am PAS dan bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat di kediamannya di Kota Baharu, Khamis lepas.

Bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen apabila tamat tempoh 14 hari dari tarikh beliau disabitkan dan dihukum atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhir terhadap sabitan itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

Namun, sekiranya Anwar menfailkan petisyen bagi suatu pengampunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman, kehilangan kelayakan berkenaan hanya akan mula berkuatkuasa sebaik petisyen diputuskan sebagaimana diperuntukan di bawah perengan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan