MIC: Subra Cabar Palanivel

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 5:45 AM

Subramaniam (kanan) sedia mencabar Palanivel (kiri) pada pemilihan semula parti itu nanti.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengumumkan akan bertanding untuk jawatan nombor satu pada pemilihan semula parti itu akan datang.

Mengumumkan hasratnya di hadapan lebih 1,000 ahli MIC pada Ahad, Subramaniam berkata, sudah tiba masanya beliau melakukan sesuatu untuk menyelamatkan parti dari kemelut berpanjangan.

"Saya tiada keinginan untuk jawatan itu. Saya juga seorang menteri, tetapi sebagai anggota parti dan untuk menghormati perasaan anda, terdapat keperluan untuk melakukan perubahan dalam parti.

"Oleh itu memandangkan keadaan parti pada ketika ini, saya ingin mengumumkan bahawa saya akan bertanding jawatan presiden," kata Subramaniam sambil disambut sorakan orang ramai.

Dengan pengumuman itu MIC bakal menyaksikan persaingan bagi jawatan presiden buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun.

Persaingan terakhir dalam MIC berlaku pada 1993 apabila Subramaniam yang juga dikenali sebagai Jumbo Maniam cuba menentang bekas presiden, Datuk Seri S. Samy Vellu, namun tewas.

Turut dilaporkan bahawa Naib Presiden, Datuk M. Saravanan juga mengintai untuk bertanding jawatan tertinggi.

Walau bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi dibuat setakat ini.

MIC dilanda krisis apabila Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga penyandang jawatan naib presiden dan 23 kerusi anggota CWC setelah mendapati wujud perkara melanggar peraturan dalam pemilihan pada November 2013.

Isnin lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan MIC akan mengadakan pemilihan baharu di semua peringkat, termasuk bagi jawatan presiden dan timbalan presiden dari April hingga Julai bagi mengelak MIC dibatalkan pendaftarannya.

Bagaimanapun, pada sidang media di ibu negara, semalam, Palanivel menuntut RoS menarik balik semua notisnya kepada MIC berhubung masalah parti itu menjelang Isnin ini, dan jika gagal berbuat demikian, ia akan diseret ke mahkamah.

Tags / Kata Kunci: G. Palanivel , S. Subramaniam , MIC

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan