Speaker Serah Notis Kekosongan DUN Chempaka

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 5:14 PM

Abdullah Yaakob memegang surat kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan N.06 Chempaka (kanan) dan salinan sijil kematian penyandang DUN Chempaka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa mengadakan sidang media di pejabatnya pada Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka berikutan kematian penyandangnya, bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis, dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Ahad, kata Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub.

Beliau berkata surat memaklumkan kekosongan kerusi DUN berkenaan bersama sijil kematian Allahyarham Nik Abdul Aziz akan diserahkan kepada Pengarah SPR Negeri Kelantan, Mohamad Mahmud petang ini untuk dibawa kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Berdasarkan kepada Perkara 46(5) Bahagian Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan, kekosongan sesuatu kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan perlu diisi dalam tempoh 60 hari daripada tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya mendapati kerusi tersebut kosong," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Nik Abdul Aziz, 84, yang juga Mursyidul Am PAS meninggal dunia pada Khamis lepas akibat kanser prostat.

Abdullah berkata beliau menerima sijil kematian Allahyarham Nik Abdul Aziz daripada anggota keluarganya pada pukul 9 pagi tadi.

"Dalam tempoh 60 hari mulai hari ini, pihak SPR akan menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil tersebut," katanya.

Mohamad ketika dihubungi di sini berkata surat berkenaan akan diserahkan kepada pengerusi SPR, hari ini.

"Saya akan faks surat itu terlebih dahulu ke ibu pejabat SPR. Malam ini, saya akan pergi ke ibu negara untuk serahkan surat berkenaan kepada Tan Sri Abdul Aziz (Mohd Yusof)," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, Nik Abdul Aziz (PAS) menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Nik Abdul Aziz mendapat 12,310 undi manakala Wan Razman memperoleh 5,810 undi.

Ditanya mengenai pandangan peribadi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa BN tidak perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu bagi memberi tumpuan membantu mangsa banjir dan pembangunan pasca banjir, Abdullah yang juga Anggota Jawatankuasa Perhubungan PAS Kelantan, menyambut baik pandangan Mustapa kerana ia menjimatkan perbelanjaan dan masa kedua-dua pihak.

Tags / Kata Kunci: Nik Abdul Aziz Nik Mat , SPR , DUN Chempaka

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan