Dakwa Anwar Ditawar Jawatan TPM, Abdul Rahman Minta Kepastian Nurul Izzah

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 3:20 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang menteri Umno inginkan kepastian daripada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan beliau bahawa bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas pilihan raya umum 2013.

"BN menawarkan jawatan TPM kepada Anwar yang kalah dalam semua empat pilihan raya berturut-turut? Nurul, tolong kawal diri anda #Drama," Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menulis di Twitter.

Abdul Rahman berkata demikian sebagai tindak balas terhadap dakwaan Nuru Izzah bahawa Anwar telah ditawarkan jawatan nombor dua dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas Pakatan Rakyat memenangi 52 peratus undi popular dalam PRU-13.

Bercakap pada ceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam Sabtu, Nurul Izzah dilaporkan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menawarkan jawatan tersebut kepada bapanya dengan syarat Anwar bersetuju untuk 'mengabaikan' rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata Anwar menolak tawaran itu.

Abdul Rahman berkata Nurul Izzah perlu tahu bahawa Anwar berbohong apabila berkata dia berjuang untuk demokrasi.

"Nurul perlu tahu Anwar berbohong apabila dia berkata dia adalah seorang pejuang demokrasi. Dia cuba untuk menjatuhkan kerajaan pada 16 September, 2008, ingat?," tulisnya di Twitter.

Tidak lama selepas PRU-13 diadakan pada bulan Mei, Anwar mendakwa telah mempunyai ahli Parlimen BN yang mencukupi untuk melompat parti dan membentuk kerajaan. Rancangan ini bagaimanapun tidak menjadi kenyataan.

Anwar dihukum penjara lima tahun kerana kesalahan liwat Selasa lepas.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan