PRK: BN Tunggu Laporan Pengerusi BN Negeri - Ku Nan

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 1:19 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) akan mendapatkan laporan lengkap daripada Pengerusi Perhubungan BN Pulau Pinang dan Kelantan sebelum membuat keputusan berhubung penyertaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh dan Chempaka.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata BN tidak perlu mengikut rentak parti lawan yang ghairah bercakap mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri belum mengeluarkan notis mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

"Kita akan tunggu laporan daripada Teng (Teng Chang Yeow) selaku Pengerusi BN Pulau Pinang untuk kerusi Permatang Pauh dan Datuk Seri Mustapa Mohamed selaku Pengerusi BN Kelantan untuk menyediakan laporan menyeluruh.
Daripada situ kita akan membuat satu penimbangan apa yang perlu kita lakukan," katanya semasa mengulas berhubung penyertaan BN dalam PRK itu ketika ditemui pemberita selepas melepaskan Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan 2015 sempena Hari Wilayah di hadapan Istana Kehakiman di sini Ahad.

Mengenai pandangan Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan bahawa BN tidak perlu meletakkan calon di DUN Chempaka sebaliknya memberi fokus kepada soal perpaduan dan pembangunan pasca banjir, Tengku Adnan berkata kenyataan itu menunjukkan BN melihat kepada permasalahan rakyat berbanding soal politik semata-mata.

Tengku Adnan berkata pandangan itu akan terus dibincangkan antara pimpinan tertinggi BN, walaupun perkara mengenainya telah disentuh pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat lepas.

Bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen apabila habis tempoh 14 hari dari tarikh beliau disabitkan dan dihukum atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

Namun, sekiranya Anwar memfailkan petisyen bagi suatu pengampunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Persekutuan, kehilangan kelayakan berkenaan hanya akan mula berkuatkuasa sebaik petisyen itu diputuskan sebagaimana diperuntukkan di bawah perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Kerusi DUN Chempaka pula kosong apabila penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada Khamis akibat kanser prostat.

Mengenai Kayuhan 1Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata program sempena sambutan Hari Wilayah itu disertai 5,000 peserta dari kalangan penduduk Wilayah Persekutuan yang akan berkayuh secara santai sejauh 30 kilometer mengelilingi Putrajaya.

Tengku Adnan dan rombongan kemudiannya bergerak ke pameran Putrajaya Autoshow yang diadakan di tempat letak kereta di belakang kompleks Istana Kehakiman.

Dalam ucapan ringkas semasa merasmikan pameran yang disertai 3,000 pemilik kenderaan dari kelab-kelab di sekitar Kuala Lumpur beliau meminta peserta, yang kebanyakannya terdiri daripada generasi muda supaya menjadi 'mata dan telinga' kementerian dalam menyalurkan permasalahan yang dihadapi warga kota untuk tindakan penambahbaikan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan