GST: Kerajaan Juga Harus Galakkan Pengguna Berbelanja - Ong Ka Chuan

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 10:18 AM

Datuk Seri Ong Ka Chuan

(Ubah saiz teks)

IPOH: Selain mewujudkan mekanisme yang perlu untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini, kerajaan mesti menggalakkan pengguna berbelanja, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Ka CHuan berkata, kerajaan perlu melakukan kedua-duanya dalam usaha untuk mencapai sasaran hasil cukai RM46 bilion untuk tahun ini.

"Kita perlu mewujudkan ekonomi yang bertenaga dan mencapai perolehan yang lebih baik. Hanya dengan cara itu cukai dapat dikutip dan pelaksanaan GST akan berjaya, " katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ang pow kepada 2,000 warga emas di dewan Tokong Tow Boo Keong di sini, Sabtu.

Membidas gesaan untuk melakukan boikot, Ka CHuan berkata sebarang serangan yang dilakukan ke atas perniagaan semata-mata akan akan memberi kesan terhadap ekonomi negara dan menjejaskan usaha memungut GST.

"Demi masa depan negara, setiap rakyat Malaysia perlu bersatu dan bekerja keras untuk mengatasi usaha dan tragedi tahun lepas, bukannya bertengkar sesama sendiri," katanya.

Ka Chuan berkata Kementerian Kewangan, melalui Jabatan Kastam, telah memasukkan mekanisme yang perlu untuk memudahkan pelaksanaan GST.

"Sudah tentu penambahbaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa," katanya ketika ditanya jika mekanisme sedia ada tidak mencukupi.
Tags / Kata Kunci: Ong Ka CHuan , GST , hasil cukai

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan