Dakwaan Umno Pindah Pengundi Ke Permatang Pauh Tak Berasas - Reezal Merican

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 1:47 PM

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata dakwaan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim bahawa Umno memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan itu, sebagai tidak berasas.
 
Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini kerana pertambahan pemilih berdaftar adalah seramai 797 orang dan jumlah itu tidak cukup untuk mengimbangi majoriti 11,721 undi yang dimenangi PKR pada PRU lepas.

"Untuk pengetahuan Abdul Malik, jumlah pemilih berdaftar bagi kawasan Permatang Pauh untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah 71,699 orang dan mengikut Daftar Pemilih Suku Kedua 2014 (berakhir 30 Jun 2013) pemilih berdaftar di Permatang Pauh adalah 72,496 orang," katanya dalam satu kenyataan di sini Ahad.

Abdul Malik yang juga pengarah pilihan raya PKR Pulau Pinang dalam satu laporan portal pada Sabtu mendakwa Umno telah memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan itu.

Pada 10 Februari lalu, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Mahkamah itu mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.
 
Dengan keputusan itu, Anwar, 67, hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.

Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata pihaknya berpendapat Abdul Malik yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Batu Maung adalah seorang pembohong sekiranya tidak dapat membuktikan dakwaan yang Umno memindahkan pengundi-pengundi ke Parlimen Permatang Pauh.

"Beliau juga dengan berniat jahat turut mendakwa Umno memindahkan 10,000 pemilih ke kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung (DUN) sebelum PRU ke-13 lepas.

"Semakan dengan statistik pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pemilih berdaftar di DUN Batu Maung bagi PRU ke-12 adalah 21,785 manakala bagi PRU ke-13 jumlahnya adalah 28,946.

"Pertambahan pengundi di kawasan berkenaan adalah 7,161 pemilih dan bukannya 10,000 sebagaimana didakwa Abdul Malik," katanya.

Reezal Merican berkata peningkatan pemilih berdaftar di kawasan subbandar seperti Batu Maung bukan sesuatu yang pelik memandangkan pertumbuhan rancak kawasan-kawasan perumahan baharu di situ sejak 2008.

"Sama ada Abdul Malik seorang pembohong atau beliau sememangnya jahil mengenai jumlah pemilih di kawasan yang telah dua kali dimenangi beliau sejak 2008," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan