BN Perlu Tanding Di DUN Chempaka - Penganalisis

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 7:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, kata  penganalisis politik.

Dr Azmi Hassan, seorang geostrategis Universiti Teknologi Malaysia berkata, BN perlu bertanding dalam PRK berkenaan bagi memberikan peluang kepada rakyat untuk menyatakan sokongan mereka.

"Jika pasca banjir digunakan sebagai alasan, maka PRK DUN Chempaka adalah landasan terbaik untuk menilai sejauh mana bantuan kerajaan persekutuan mendapat penghargaan rakyat Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Azmi berkata, adalah penting untuk memahami senario cita rasa politik rakyat Kelantan kerana ia sentiasa berubah mengikut isu terkini.

"Menyertai PRK ini juga adalah isyarat bahawa BN sentiasa bersama rakyat Kelantan," katanya mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa secara peribadi beliau berpandangan BN tidak perlu meletakkan calon pada PRK DUN berkenaan.

Semalam, Mustapa dipetik sebagai berkata tumpuan perlu diberi kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir di negeri itu.

Mustapa mengulas persiapan UMNO Kelantan untuk menghadapi PRK itu berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis, akibat kanser prostat.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ketika menghadiri karnival 'Walk-A-Run' di Putrajaya hari ini turut memberi pendapat yang sama.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pengajian Politik dan Antarabanga Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata sekiranya BN tidak bertanding, ia bagaikan satu pengiktirafan bahawa DUN berkenaan adalah hak autonomi PAS.

"Hal memberi penghormatan kepada penyandangnya atau memberi tumpuan kepada pemulihan banjir adalah perkara yang berbeza, jika tiada musibah di Kelantan, kerajaan BN sebagai kerajaan pusat memang sentiasa bersedia membantu negeri berkenaan.

"BN tidak harus mengabaikan tanggungjawab sebagai parti politik dan menidakkan hak rakyat mengundi untuk menentukan siapa wakil rakyat mereka," katanya.

Md Shukri berkata BN juga harus melihat PRK ini sebagai saingan sihat tanpa mengira kalah atau menang kerana pengundi lebih berhak menentukannya.

"BN tidak boleh kelihatan lemah dalam hal ini, juga tidak boleh meletak senjata lebih awal sebelum berjuang," katanya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN masih menunggu pengesahan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung kedudukan kerusi DUN itu sebelum mengambil sebarang langkah susulan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan