Bapa Tunggal Hidap Penyakit Kronik Berpisah Dengan Anak

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 2:19 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sakit tulang belakang bengkok yang kronik sejak April tahun lepas memaksa seorang bapa tunggal menyerahkan anak perempuannya berusia enam tahun kepada kakaknya.

Zahari Abdullah, 49, berbuat demikian kerana tidak mampu menguruskan anaknya, Nurul Syuhada disebabkan tidak mampu bekerja seperti sebelum ini kerana tidak dapat melakukan kerja berat dan berdiri dalam tempoh agak lama.

Katanya tulang belakangnya yang bengkok 18cm ke sebelah kanan berlaku pada  tahun 2006 ketika dia mengangkat sebuah tong ikan semasa bekerja di pasar borong di sini sehingga memaksa dia berhenti kerja.

Zahari yang kini tinggal di Jalan Sungai Korok Lama, Simpang Kuala di sini berkata selepas menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan keadaannya beransur pulih yang membolehkannya bekerja sebagai pembantu di sebuah stesen minyak berhampiran rumahnya.

"Sakit saya mula teruk selepas menjaga ibu saya yang terlantar akibat patah kaki akibat terjatuh dalam rumah. Saya jaga dia pada awal 2013... angkat ibu saya ke bilik air sebab ibu tak boleh berjalan. Selepas itu saya mula rasa sakit dan tak boleh berdiri seperti biasa," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini pada Sabtu.

Zahari berkata selepas itu dia terpaksa menyerahkan anak perempuannya kepada kakaknya Ramlah, 52, kerana tidak mampu untuk menguruskan anaknya terutamanya hal berkaitan persekolahan.

Katanya dia juga mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 sebulan dan wang bantuan itu hanya digunakannya untuk membayar sewa rumah sebanyak RM150 sebulan.

"Duit JKM tu memang saya tak boleh nak belanja untuk diri sendiri dan anak perempuan saya. Memang cukup untuk bayar sewa rumah sahaja. Kalau saya tak sewa rumah saya memang tak ada tempat tinggal.

Saya redha dengan apa yang terjadi. Sekarang ini makan minum kakak saya yang hantar setiap hari kerana saya memang tak mampu lagi untuk lakukan semua perkara seperti dulu," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Zahari di talian 012-5993097 atau terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 02109-41-00004289-3.

Tags / Kata Kunci: Bapa , Alor Setar

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan