Model MyBas Punyai Garis Panduan, Kontrak Untuk Tingkatkan Standard - SPAD

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2015 8:36 AM

Perubahan untuk lebih baik: Bas akan lebih kerap beroperasi dan diselenggara lebih baik.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas henti-henti yang lebih baik bakal dilaksanakan untuk orang ramai yang bergantung kepada sistem pengangkutan awam.

Operasi bas yang lebih kerap menjadikan perkhidmatan itu lebih dipercayai dan kenderaan tersebut juga akan diselenggara dengan lebih baik apabila inisiatif baharu kerajaan dilaksanakan kelak.

Kerajaan ketika ini sedang menetapkan satu standard perkhidmatan di mana semua pengusaha bas perlu mematuhinya, yang menjadi sebahagian daripada usaha untuk mentransformasikan perkhidmatan bas.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Nur Ismail Kamal berkata, ia dikenali sebagai MyBas, sebuah model yang menyamai dengan perkhidmatan bas merah di London di mana ia dikawal selia oleh kerajaan dan dikendalikan pihak swasta.

Beliau berkata, kerajaan akan menanggung operasi, mengumpul pendapatan dan membayar pengusaha bas untuk mengendalikan perkhidmatan itu.

"Kerajaan tidak akan mengambil alih operasi," katanya.

"Pengushaa masih mengendalikan. Kita di pihak kerajaan akan membayar mereka, dan mereka mesti mengikut standard perkhidmatan yang kita tetapkan," katanya.

Beliau berkata, pengusaha bas akan diberikan kontrak selama lapan tahun.

Laluan akan dibahagikan kepada beberapa kawasan dan pengusaha yang dominan di kawasan berkenaan akan mendapat kontrak untuk menguruskan perkhidmatan itu.

"Tidak akan ada satu syarikat yang akan mengendalikan semuanya," katanya.

Mohd Nur berkata, sekiranya tiada pengusaha dominan, satu tender akan dibuka untuk menjalankan tugas itu.

Pengusaha bas perlu mematuhi standard perkhidmatan yang merupakan sebahagian daripada kontrak.

"Jika mereka tidak boleh melakukannya dengan baik, kita akan menggantikan mereka," katanya.

Kerajaan dijangka membelanjakan kira-kira RM100 juta untuk MyBas tahun ini, RM500 juta tahun depan, RM800 juta (2017), RM1.3 bilion pada 2018 dan RM1.9 bilion (2019) apabila ia berkembang.

Mohd Nur berkata, ia akan membabitkan perbelanjaan kira-kira RM2.7 bilion untuk perkhidmatan itu bagi 2020 dan seterusnya.

Tags / Kata Kunci: MyBas , SPAD , Mohd Nur Ismail Kamal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan