Krisis MIC: ROS Digesa Tarik Balik Surat - Palanivel

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2015 1:15 PM

G Palanivel

G Palanivel.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengeluarkan beberapa surat kepada MIC antaranya mempersoalkan status jawatan presiden parti yang disandang Datuk Seri G Palanivel, disifatkan sebagai berat sebelah dan melanggari perlembagaan parti.

Presiden MIC itu berkata, ROS perlu menarik semula semua surat yang dikeluarkan kepada MIC.

Menurut Palanivel, ROS diberikan tempoh sehingga Isnin untuk berbuat demikian atau parti itu akan mengambil tindakan mahkamah. 

Beliau mendakwa tindakan ROS supaya parti itu mengadakan semula pemilihan semua jawatan termasuk di peringkat cawangan dan bahagian adalah bercanggah dengan akta pertubuhan dan perlembagaan parti itu. 

"Saya tidak mempunyai pilihan, tetapi mendapatkan keadilan untuk MIC daripada mahkamah terhadap ketidakadilan RoS ini yang terang-terangan mengabaikan undang-undang.

"Semua surat termasuk surat yang dikeluarkan pada 5 Disember 2014, 31 Disember 2014 dan 5 Februari 2015 harus ditarik balik dengan kadar segera sebelum Selasa ini (17 Februari)," katanya dalam sidang media di sini, Sabtu.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata keputusan itu telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional semalam oleh Setiausaha Agung Datuk S. Sothinathan.

Beliau turut menegaskan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) sementara yang diadakan semalam di sini, adalah tidak sah.

Palanivel mendakwa empat wakil RoS hadir di mesyuarat itu dan menurutnya ini juga tidak sepatutnya berlaku.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya pelantikan Sothinathan selaku Setiausaha Agung parti itu tidak sah kerana menurut artikel 46.5 dan 49 perlembagaan parti: "Presiden mempunyai kuasa untuk lantik sembilan CWC, setiausaha agung dan bendahari agung".

Ketika ditanya mengenai pemilihan semula parti itu, beliau berkata ia akan diputuskan selepas hari Selasa ini dan "akan menunggu keputusan mahkamah".

Bagaimanapun apabila ditanya pemberita, Palanivel yang juga anggota Parlimen Cameron Highlands berkata akan mempertahankan jawatan presidennya dalam pemilihan semula parti itu.

Turut hadir Sothinathan dan Bendahari Agung Datuk S. Murugesan.

Pada 9 Februari lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti komponen Barisan Nasional itu perlu mengadakan pilihan raya baharu untuk semua jawatan yang dipilih, antara April dan Julai tahun ini untuk mengelak daripada dibatalkan pendaftarannya.

Krisis itu timbul selepas RoS membatalkan pemilihan tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan CWC pada pemilihan agung parti yang diadakan di Melaka pada November 2013 berikutan aduan penyelewengan.

Dalam surat bertarikh 5 Disember 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula untuk jawatan itu dalam tempoh 90 hari.
Surat tersebut mencetuskan pelbagai konflik dalam kalangan anggota parti sehingga ke hari ini.


Tags / Kata Kunci: G Palanivel , MIC , Pendaftar Pertubuhan , ROS

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan