Pucuk Pimpinan BN Putuskan Sama Ada Letak Calon Atau Tidak di DUN Chempaka - Shabery

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2015 11:29 PM

Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Shabery Cheek.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Chempaka hanya akan ditentukan  oleh kepimpinan tertinggi Umno, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Dalam konteks di Kelantan masa ini, kita ada pilihan sama ada menjaga rakyat atau mencari wakil rakyat.

"Menjaga rakyat seharusnya menjadi keutamaan apa lagi di sana masih ada beribu orang yang tak selesai dari segi perumahan (untuk mangsa banjir)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama delegasi Pertubuhan Agensi Berita Asia Pasifik (OANA) di sini, malam Sabtu.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia diminta mengulas mengenai pandangan peribadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletakkan calon pada PRK DUN Chempaka.

Mustapa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bersama Bencana Banjir Negeri Kelantan berkata tumpuan kini perlu diberi kepada kerja pemulihan pasca banjir di Kelantan.

Menurut Mustapa untuk mencari wakil rakyat, ia memerlukan perbelanjaan yang besar selain melibatkan tenaga dan masa.

Justeru katanya, segala peruntukan, masa dan tenaga untuk menghadapi PRK itu boleh dialihkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Kelantan.

Tags / Kata Kunci: DUN Chempaka , Umno , Shabery Cheek

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan