Isu Larang Amal Ajaran Agama di MRSM Propaganda Burukkan Kerajaan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2015 9:37 PM

idris jusoh

Idris Jusoh.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tindakan pihak tertentu yang sengaja memainkan isu pelajar bukan Islam dilarang daripada mengamalkan ajaran agama masing-masing di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) hanya propaganda pihak tertentu yang berniat jahat dan mahu memburukkan imej kerajaan.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata tujuan pihak terbabit melakukan perbuatan tersebut dipercayai kerana ingin mencetuskan ketegangan apatah lagi ia menjadi viral apabila disebarkan menerusi laman sosial seperti blog dan Facebook.

Idris berkata, kerajaan pada hakikatnya sentiasa mengamalkan sikap toleransi terhadap pelbagai agama dan budaya dalam usaha membentuk masyarakat harmoni di negara ini.

"Perkara ini sengaja digembar-gemburkan hingga mendatangkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Ia adalah isu lama, namun dibangkitkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda tidak baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015 kali ke-11 di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman yang mewakili Menteri Besar Pahang dan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.

Idris berkata, pelajar bebas untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing asalkan ia tidak melampau seperti memakai rantai yang besar atau fesyen pakaian tidak mengikuti garis panduan ditetapkan.

Baru-baru ini, seorang pemimpin pembangkang mengeluarkan kenyataan di sebuah portal berita yang mendakwa peraturan MRSM di Sarawak semakin membimbangkan ibu bapa kerana cenderung terhadap garis panduan berkaitan agama Islam.

Namun, perkara itu hanya khabar angin apabila pihak sekolah tidak pernah mengenakan peraturan tambahan yang menyekat pelajarnya daripada menganuti dan mengamalkan ajaran agama masing-masing.
Tags / Kata Kunci: Idris Jusoh , ajaran agama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan