Krisis MIC: Najib Panggil Palanivel, Subramaniam Sekali Lagi Minggu Depan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2015 3:03 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan timbalannya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam minggu depan, bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkembangan terkini krisis parti itu.

Ia merupakan kali kedua Najib memanggil kedua-dua mereka bagi menyelesaikan kemelut parti komponen Barisan Nasional itu, selepas kali pertama diadakan awal bulan ini.

"Saya akan jumpa Datuk (Seri) G. Palanivel dan Datuk (Seri) S. Subramaniam sekali lagi Isnin atau Selasa, untuk penjelasan," katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan Golf Perdana Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) 2015 Piala Sultan Azlan Shah, di Kuala Lumpur Golf and Country Club, di sini Sabtu.

Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Palanivel hari ini, yang meminta Pendaftar Pertubuhan (RoS) menarik balik surat-surat yang dihantar kepada MIC sejak krisis parti itu bermula dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap badan pendaftar pertubuhan itu jika gagal berbuat demikian.

Krisis dalaman MIC tercetus selepas RoS membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.

Dalam surat bertarikh 5 Disember 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari. 

Pada Isnin lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, MIC perlu mengadakan semula pemilihan bagi semua jawatan termasuk peringkat cawangan dan bahagian bermula April hingga Julai ini, bagi mengelak pembatalan pendaftaran parti itu. 

Beliau berkata, RoS telah memutuskan pendirian itu bagi memastikan isu pertikaian dalam pemilihan barisan kepimpinan parti kaum India itu dapat diselesaikan secara menyeluruh. 

Tags / Kata Kunci: MIC , G Palanivel , S Subramaniam

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan