Lebih 15,000 Kes Denggi Direkod Sehingga 7 Feb

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2015 8:27 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15,039 kes denggi direkodkan sejak awal tahun sehingga 7 Februari lepas, meningkat 59 peratus atau 5,586 kes berbanding 9,453 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia melibatkan 44 kematian bagi tempoh berkenaan berbanding 17 bagi tempoh sama dalam 2014.

"Bagi 2015, kes denggi didapati meningkat setiap minggu dan pada minggu kelima (1 hingga 7 Februari) sahaja, 3,037 kes denggi dengan lapan kematian dilaporkan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, dua negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Pahang dengan 40 kes (60.6 peratus) dan Kedah dengan empat kes (19 peratus).

Katanya, analisis Kementerian Kesihatan menunjukkan 166 daripada 269 kawasan panas masih mempunyai kadar pembiakan nyamuk Aedes lebih satu peratus.

"Situasi ini sangat kondusif untuk penyebaran virus denggi terus berlaku disebabkan nyamuk Aedes," kata Dr Noor Hisham.

Beliau menambah 61 peratus daripada tempat pembiakan Aedes didapati berlaku di kediaman, dan ini memerlukan aktiviti pembersihan dilakukan setiap minggu.

Tags / Kata Kunci: Denggi , Dr Noor Hisham Abdullah

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan