Henti Tuduh Khalid 'Dalang' Krisis Dalaman PKR - Faekah

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2015 7:02 PM

Faekah Husin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) wajar berhenti menunding jari menyalahkan orang lain terhadap krisis dalaman parti yang berlaku dan mereka perlu segera memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menuduh beliau sebagai penyebab utama konflik berkenaan. 

Faekah Husin, yang juga bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Selangor, menggesa ahli PKR menarik balik semua tuduhan berniat jahat yang dilemparkan terhadap Khalid. 

"Terbaharu ada beberapa ahli parti mengadakan demonstrasi menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tindakan tersebut menunjukkan parti itu kini sangat terdesak. 

"Apa yang menjadikan krisis itu lebih teruk ialah, Pengarah Komunikasi Korporat PKR, Fahmi Fadzil menuduh Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebagai dalang utama disebalik demonstrasi berkenaan. Saya percaya ini merupakan satu tindakan yang tidak matang, yang dilakukan demi menutup kecacatan parti. 

"Khalid seorang berprinsip dan terkenal dengan integriti serta pemimpin yang bertanggungjawab, sebab itu tindakan melemparkan tuduhan berniat jahat terhadapnya adalah sangat tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

Baru-baru ini sekumpulan ahli parti melakukan protes di luar ibu pejabat PKR mendesak agar Dr Mahathir menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang. 

Bagaimanapun, Fahmi dilaporkan berkata mereka yang terlibat sebagai 'pembelot' dan menuduh Khalid 'dalang' yang mengupah kumpulan berkenaan. 


Tags / Kata Kunci: Faekah Husin , Khalid Ibrahim

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan