Kereta Hatta Ramli Cuba Dibakar

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2015 10:32 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cubaan individu yang tidak dikenali untuk membakar kereta milik Dr Mohd Hatta Ramli tidak kesampaian apabila tindakan itu disedari oleh seorang pengawal di kawasan perumahan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat tersebut di Hulu Kelang, Kuala Lumpur awal pagi Sabtu.

Kejadian berlaku di luar rumah pemimpin terbabit pada pukul 5.30 pagi apabila seorang lelaki cuba untuk membakar kereta Hatta.

Bagaimanapun, tindakan itu disedari oleh seorang pengawal bertugas yang ketika itu sedang membuat rondaan di kawasan tersebut dengan membunyikan hon motosikal.

Difahamkan, anak Mohd Hatta dikatakan berjaya memadamkan api sebelum polis dan bomba tiba di tempat kejadian.

Mohd Hatta sebelum ini didakwa merupakan antara pemimpin PAS yang berkomplot untuk menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dakwaan itu dibuat oleh sekumpulan penyokong yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim.

Bagaimanapun, Mohd Hatta berkata, tuduhan Fadhli adalah tidak berasas dan beliau tidak berminat untuk memperbesarkannya kerana perkara sedemikian dianggap lumrah dalam parti. 




Tags / Kata Kunci: Mohd Hatta Ramli

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan