Vaksin Denggi Buatan Perancis Diguna Di Malaysia Pertengahan Tahun Ini - Berita Semasa | mStar

Vaksin Denggi Buatan Perancis Diguna Di Malaysia Pertengahan Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 7:43 AM

Dr Hilmi Yahaya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan dijangka memperoleh satu lagi vaksin bagi menentang demam denggi pada pertengahan tahun ini dan kali ini yang dihasilkan Perancis.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata vaksin itu juga akan digunakan negara anggota Asean lain.

"Di Malaysia, vaksin ini diberi secara percuma kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan satu produk kecantikan di sini Khamis.

Beliau berkata sejak setahun lepas hingga semalam, 16,444 kes denggi, dengan 44 kematian, direkodkan di negara ini, berbanding 1,329 kes dengan 16 kematian dalam tempoh sama sebelumnya.

Selangor mencatat jumlah kes tertinggi, diikuti Perak.
Tags / Kata Kunci: vaksin denggi , Dr Hilmi Yahaya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan