Vaksin Baharu Tangani Denggi Bakal Berada Di Pasaran

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 8:45 PM

Nyamuk 'Aedes Aegypt' yang menyebabkan demam denggi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Vaksin yang dibangunkan Perancis yangdapat membantu menangani denggi akan berada di pasaran termasuk Malaysia menjelang tahun ini apabila semua ujian klinikal siap dilakukan dan ia didaftar dengan pihak berkuasa berkaitan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ia boleh digunakan bagi membanteras denggi di kawasan panas.

Beliau berkata beliau telah diberi taklimat mengenai vaksin itu oleh syarikat berkaitan.

"Vaksin ini boleh didapati secara percuma oleh rakyat Malaysia yang memerlukannya, berikutan harganya dijangka mahal," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

"Namun sekiranya syarikat berkenaan mahu melakukan program CSR, (tanggungjawab sosial korporat), mereka dialu-alukan berbuat demikian bagi faedah rakyat Malaysia," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: vaksin denggi baharu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan