Setiausaha Akhbar Azmin Letak Jawatan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 6:44 PM

Radzi (kanan) ketika masih berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Selangor.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Selangor, Radzi Razak meletakkan jawatannya berkuat kuasa pada Jumaat.

Menerusi kenyataan, Radzi yang berkhidmat dengan Mohamed Azmin Ali selama hampir tiga bulan sejak November tahun lalu berkata, peletakan jawatannya sebagai setiausaha akhbar disebabkan masalah kesihatan.

"Selepas perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan, semua bersetuju bahawa saya perlu mencari penyelesaian berhubung masalah kesihatan saya.

"Jadi dengan rasa sedih, saya membuat keputusan untuk meletak jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Saya berharap alasan disebalik peletakan jawatan ini tidak dijadikan spekulasi," katanya pada Jumaat.

Ketika dihubungi mStar Online, Radzi enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan yang dikeluarkannya.

Alasan kesihatan yang diberikan Radzi itu sememangnya kukuh kerana beliau dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Bagimanapun, itu kenyataan 'berlapik' Radzi yang disampaikan kepada media pada Jumaat iaitu hari terakhir beliau memegang jawatan berkenaan.

Difahamkan, sepanjang berkhidmat di Pejabat Menteri Besar itu, beliau tidak berhadapan sebarang masalah untuk berurusan dengan Azmin.

Khabarnya isu sukar mendapat kerjasama dengan pihak tertentu bagi memastikan tugas yang dijalankan lancar dipercayai antara punca hingga mendorong bekas wartawan itu terfikir untuk mengosongkan kerusi yang didudukinya.

Sehingga kini Pejabat Menteri Besar Selangor masih belum mengumumkan pengganti jawatan setiausaha akhbar yang dikosongkan Radzi.

Sebelum menyertai pasukan Azmin, Radzi pernah berkhidmat sebagai wartawan di portal berita pro-pembangkang Malaysiakini, akhbar The Sun dan TV Selangor.

Beliau juga pernah terlibat sebagai aktivis media melalui Gerakan Media Marah (GERAMM).

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , Radzi Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan